Ucap Alu-aluan YDP Majlis Guru Bimbingan Kebangsaan Cawangan Kluang

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana Weblog Majlis Guru Bimbingan Daerah Kluang telah menjadi kenyataan.

Saya juga ingin merakamkan selamat datang kepada pengunjung-pengunjung Weblog ini. Adalah menjadi harapan saya agar Weblog ini dapat memberikan manfaat dan menjadi saluran informasi dan wadah utama kepada ahli-ahli Majlis Guru Bimbingan Daerah Kluang, untuk bergerak melangkauai keterbatasan kita.

Saya juga mengalu-alukan apa juga bentuk sumbangan bagi menjadikan Majlis Guru Bimbingan Daerah Kluang akan lebih berjaya di masa-masa akan datang di dalam usaha bagi memenuhi objektif penubuhannya.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada seluruh Guru Bimbingan Sekolah-sekolah Rendah Daerah Kluang. Tahniah dan terima kasih.


Azman Bin Hassiam
YDP Majlis Guru Bimbingan Kebangsaan Cawangan Kluang
AJK Majlis Guru Bimbingan Kebangsaan Negeri Johor
SK Layang-layang
Kluang, Johor